Rahsia Perpaduan


Setiap usaha yang dibuat kerana Allah akan dicucuri rahmat dan berkat oleh Allah

Kemajuan dan pembangunan yang dilakukan untuk keredhaan Tuhan

tidak ada saingan dan jatuh-menjatuhkan

Setiap amalan yang ditunjang oleh Tuhan atau iman,

tidak ada perselisihan dan perbalahan kalau ada sangat kurang

Tamadun yang ditegakkan kerana keredhaan Tuhan

terlalu kurang side-effectnya yang negatif, sangat banyak

Seperti di dalam kemajuan di situlah maksiat, jenayah, perbalahan,

pergaduhan mungkin peperangan

Hinggakan kemajuan itu tidak sepadan dengan risikonya

yang akan ditanggung dan dibeban

Perjuangan kerana takutkan Tuhan dan mencintai-Nya kasih sayang sesama manusia akan terjalin

Perjuangan kerana merebut dunia dan kemegahan dunia semata-mata tidak dapat dielakkan dari jatuh-menjatuhkan

Rahsia perpaduan adalah takutkan Tuhan atau cintakan Tuhan

Cintakan Tuhan tidak ada rebutan bahkan lahir kasih sayang sesama makhluk Tuhan

Cintakan dunia berlaku rebutan , jatuh-menjatuhkan, fitnah-menfitnah, rasuah-merasuah, akibatnya parah

Oleh itu buatlah apa sahaja di muka bumi ini tapi biarlah kerana Allah (Tuhan)

Membangun jangan tinggalkan Tuhan, Tuhan berlepas tangan

Rujuklah kepada Tuhan apa sahaja masalah, kerana Tuhan ada peranan

Apalah ertinya membangun, maju, negara cantik dan indah banyak jenayah, banyak berbalah, banyak masalah

Keamanan, keharmonian dan kebahagiaan mundur sedikit pun tidak mencacatkan

Apalah ertinya kemajuan kalau di dalam negara penuh dengan jenayah yang menakutkan

Manusia di dalam krisis dan berbalah

Ukhwah tidak ada, perpaduan renggang, kasih sayang gersang

Kerana itulah di negara yang maju tapi Tuhan ditinggalkan orang, ramai orang bunuh diri

Paling tidak ramai manusia yang kecewa dan putus asa sekalipun mereka kaya

Janganlah tinggalkan Tuhan

Dia adalah sumber segala kebahagiaan

Tuhan adalah anak kunci kasih sayang dan perpaduan

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi